Saturday, November 19, 2011

Buah Roh Cinta..

Cinta adalah kunci..

Sukacita adalah nyanyian cinta..

Damai sejahtera adalah sandaran cinta..

Penderitaan dan penantian yang panjang adalah keabadian cinta..

Kebaikan adalah karakter cinta..

Kesetiaan adalah kebiasaan cinta..

Kelemahlembutan adalah sifat pemaaf dari cinta..

Pengendalian diri adalah tali kekang cinta..

Kiranya cinta kita memancarkan semua Buah Roh (Gal 5:22-23)


by > Ezra.D

Tuesday, November 15, 2011

Kuasa Doa

Doa adalah anugerah..
dimiliki setiap orang..
kuasa bagi orang-orang percaya..
tiada batasan dalam menggunakannya..
ia tidak perlu kata-kata yang sempurna..
ia bergerak dalam jiwa yang tenang..
dilingkupi iman yang tak pernah ragu..
masa berjalan,waktu berlalu..
doa tetap setia disisi..

Doa tidak perlu kesempurnaan..
sangat senang dengan kerendahan hati..
sangat rindu untuk campur tangan Pencipta..
tanpa mempersoalkan bila jawapan dan waktu..
doa tetap setia diucapkan..

Doa melakukan mukjizat..
menyembuhkan yang terluka..
menutup kepedihan yang tersembunyi..
memberi sukacita yang tidak terkata..
berkat yang tidak terhitung..
doa selalu dapat menenangkan..

Doa adalah harapan yang tak terhenti..
percaya pada janji-NYa yang kekal..
tidak penat untuk taat..
tiada lelah dalam mengandalkan-Nya..
berjalan dengan hati penuh tenteram..
kerana DOA ORANG PERCAYA tidak dipandang remah oleh TUHAN..

Thursday, November 3, 2011

Proud to be Lundayeh ^__^

Hari nie kita cerita pasal lundayeh k..
Lundayeh adalah salah satu kumpulan etnik di sabah dan Sarawak..
kalau di Sarawak,akan dikenali sebagai Lunbawang..bila orang tanya saya bangsa apa,saya sebut lundayeh,memang ada segelintir yang tidak pernah tahu suku ni..soo,sa cerita sikit la k..

Lundayeh ni asalnya dari Indonesia,berpuluh-puluh tahun lalu,daddy sa punya bapa ya,datuk saya Balang Tangian dengan isteri serta sahabat dan saudara yang lain masuk Sabah,dengan menggunakan pegangkutan darat (jalan kaki).Bayangkan berapa jauh mereka jalan berapa dan lama diperlukan masa tuuntuk sampai ke Sabah.. mereka sampai juga dengan selamat..^_^

Menjana keperluan keluarga dengan bercucuk tanam,mereka hidup berpindah-pindah hinggalah mereka akhirnya menetap di Kg Mendulong,Sipitang hingga sekarang..
Aalnya suku Lundayeh ni tiada agama,dan lambang keberanian mereka adalah buaya,sehinggala pada satu waktu Allah menghantar anak-anaknya untuk memberitakan khabar baik kepada suku ini sewaktu di Indonesia lagi.Lalu Allah memakai bangsa ini untuk mengongsikan keselamatan dengan suku yang lain juga..

Sekarang datuk saya masih bersama dengan kami,nenek Puru kami telah dipanggil Tuhan waktu saya tahun 1 lagi,tapi dia selalu dalam ingatan kami semua..
dan datuk saya masih berkesempatan untuk melihat anak-anak,cucu-cucu,cicit-cicit hinggala yang seterusnya sekarang..klu sa x salah kira la,daddy sa da 8 orang adik beradik,kami yang cucu-cucu ni semua ada lebih 38 orang,klu cicit-cicit g sa tidak dapat kira,raamaaiii........jadilah kami keluarga besar..hoho...

jadi,jika lihat latar belakang bagaimana datuk kami datang ke sini dengan tidak punya apa-apa,yang pasti bukan kerana kuat,pandainya mereka merancang tapi kerana Kasih Yesus buat kami..hebat kan!!

jadi jangan bangga dengan apa yang kita capai hari ini,tapi berbanggalah kerana kita tahu dalam segala pencapaian yang indah ada campur tangan Tuhan Yesus yang hebat di dalamnya...^__^

Wednesday, November 2, 2011

As long as....

Selagi....
oksigen masih berlegar tanpa kelihatan

bintang masih tidak terhitung berapa banyakknya

pelangi tetap kekal warna warninya

aWan masih kekal biru putih warnanya

sungai dan laut masih mengalir tanpa henti

hujan masih berkesempatan menyentuh bumi

matahari masih terbit bersinar

bulan masih selalu mengembang dengan cahaya

manusia masih tetap bergerak

bumi masih kekal berputar

masa tetap berdetik..

selagi itu kesempatan kita melihat kasih Allah melingkupi kita,

semua yang masih kelihatan dan masih kekal rahsia,

itu adalah anugerah cinta Yesus buat SAYA dan KITA SEMUA.

[ GOD IS LOVE ALL THE TIME and ALL THE TIME GOD IS LOVE ]