Saturday, December 17, 2011

Natal menuntut satu keputusan.

Teristimewa buat keluarga terkasih di dalam Kritus...

Natal merupakan hari yang menyenangkan.Tidak ada yang lain jika kita bercakap tentang natal,pasti penuh dengan sukacita,anak-anak bergembira dan 'Salam Hari Natal' yang riang sekali diikuti kegembiraan yang terserlah disetiap wajah kita,dan memberikan gambaran bahwa semua oraang bersukacita kerana Yesus datang ke dunia.Bagaimanapun,hal itu tidak benar hari ini,dan tidak pernah demikian.

Berita natal menimbulkan reaksi yang berlainan,jika orang Majus menyambut Juruselamat itu dengan gembira,sebaliknya Raja Herodes angat gelisah bila mendengarnya berita tersebut lalu berusaha membunuhNya.

Bagaimanapun sedikit diantara kita tidak MAHU TAHU kepentingan peristiwa itu dan apa yang telah berlaku.Meskipun demikian,pada hari ini ramai sekali orang menghormati Yesus dan bersukacita dalam keselamatan jiwa mereka.Tetapi ramai juga yang menolak Dia dan membenciNya.Mereka bersungut kerana lagu-lagu natal dinyannyikan dan pameran kelahiran Yesus dipamerkan,mereka tidak peduli,mereka ikut juga dalam perayaan tersebut dan mungkin juga turut menyanyikan lagu-lagu natal,tetapi mereka tidak pernah bertanya pada diri sendiri akan siapa Yesus dan sebaba Ia datang?
Adakah anda di kalangan orang yang tidak pernah mahu ambil peduli.?

Sikap yang tidak memperbulikan Yesus berarti menolakNya.

Natal menuntut satu keputusan tentang Kristus

No comments:

Post a Comment